♥~JasnIyiana~♥

Bermula di sini, hingga ke akhir nanti..

Aiskrim Susu

Posted on | January 26, 2012 | 1 Comment

Ingat lagi entri Freestyle Installation? Yang saya beli Autumnz EBM storage dari Periwinkle. EBM storage itu adalah untuk simpanan EBM 12oz.

Untuk bulan pertama saya memerah susu, moo moo.. takdelah berjaya mendapat sampai 8oz ke atas. Jadi saya rasa sangat membazir nak gunakan Autumnz EBM storage tu. Jadi saya belilah sarung plastik eskrim mesia untuk menyimpan perahan susu. Walaupun sedikit, tapi terubat rasa hati melihat batang eskrim mesia berwarna putih tersusun cantik dalam peti ais. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. X gitu?

Tapi disebabkan ari tu Miss B tak semena-mena bengkak cam ada batu keras teramat, nak pujuk Luqman yang kuat meragam dan merengek xnak kawan dengan Miss B terpaksalah eskrim susu itu digunakan. Dari berbukit, sekarang da jadi bukit ditarah simpanan EBM saya. Sob, sob.. Takpe, takpe.. kumpul lagi.. usaha itu tangga kejayaan. Lagipun harus diperah Miss B itu, nanti bengkak saya yang tak tertanggung hazab itu. Isk..

Autumnz Bottle Warmer
Autumnz Bottle Warmer

Minggu lepas saya da beli bottle warmer dari Autumnz, RM79.90. Free postage.

Suhu susu perlu dikekalkan maksimum 40 darjah celcius supaya zat dalam susu tak hilang. Tapi satu la yang tak tahan kena tunggu lama untuk susu yang beku itu mencairkan diri. Dalam 15 minit kut. Jadi kena rancang bila nak pakai, jadi kita bley turunkan kat tempat sejuk biasa atau letakkan dalam bottle warmer setengah jam sebelum nak pakai. Jadi takdelah Luqman menjerit susu takde. Rumah dah lama takde bb terasa cam rimas bila dengar tangisan bayi. Bayi yang terakhir dilahirkan adalah 19tahun yang lalu, kalo dia nak bising pon tak kisah sebab dia ada kat Mesir sekarang. Haha..

26 hari telah berlalu..

  • Berat badan saya telah kembali kepada berat badan sebelum preggy, 58kg. Mungkin sebab berpantang makan dan minum.
  • Minggu pertama dan kedua makan bubur bersama ikan haruan. Minggu ketiga dan keempat ini da mula makan nasi bersama ikan haruan.
  • Bidan mengurut pesan minum air kalo boleh yang panas, sekali minum tu 2 teguk. Jangan minum berteguk-teguk.  Tapi ley kerap.
  • Lepas urut, baru terasa kesan bius, mungkin. Kaki saya rasa berat sangat melangkah dan cepat semut-semut.
  • Jahitan C-Section berdenyut-denyut, kata Mak denyutan itu menunjukkan luka dalam sedang bertaut untuk pulih.
  • Ubat/jamu yang saya ambil adalah ubat periuk dalam bentuk kapsul, 2 kali pagi dan 2 kali malam. Nanti ada masa saya wat satu entri untuk kapsul ubat periuk ini.
  • Saya amalkan Green Propolis, 5 titik sebelum sarapan, makan tengahari dan makan malam. Satu titik disapukan pada bekas operate.

30 Januari ni genaplah Luqman satu bulan. Kena bawa Luqman check up dan amik suntikan di klinik. Suntikan apa? Ntah, saya da lupa. Ntah camne la nanti nak handle Luqman kat klinik. Haruslah saya menggunakan khidmat Jasni dalam hal sebegini. Mama festaimer, camni la ghoman yer. Banyak yang harus saya pelajari.

Bersalin normal, pantang 44 hari. Bersalin operate, 100 hari. Itu lom tentu luka dalaman pulih sepenuhnya. Termaktub pasni saya dah takley lasak-lasak lagi.

Related Posts with Thumbnails

Comments

Facebook comments:

Satu Komen Membina Setakat Ni untuk entri “Aiskrim Susu”

  1. raina
    January 27th, 2012 @ 10:28 am

    pakai beg yg luqman baru dapat tu ye..:)

Meh tinggalkan komen.





*